Thursday, October 31, 2013

Tips mendapatkan jahitan lurus dan kemas

Assalamualaikum

                               
Setiap orang yang menjahit samada menjahit baju atau sebagainya mesti inginkan jahitan yang kemas dan cantik. Entri saya kali ini lebih kepada sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia jahitan. Masa mula-mula menjahit dulu, jahitan saya sangat teruk. Bengkang-bengkok jika tidak ada garisan. Sebenarnya tidak ada petua atau cara-cara yang khusus untuk mendapatkan jahitan yang lurus dan kemas dalam sekelip mata. Yang ada hanyalah menjahit secara berterusan sehingga mahir.

Walaubagaimana pun di sini saya ingin kongsikan beberapa cara yang boleh digunapakai oleh mereka yang baru nak bermula.

  1. Pengukuran adalah sangat penting dalam menjahit lebh-lebih lagi pengukuran dan cara pemotongan untuk membuat pakaian. Ukuran yang tidak tepat boleh menyebabkan jahitan yang terhasil tidak kemas.
  2. Menggunakan pola dan juga membuat garisan dengan kapur supaya jahitan kita lurus dan sesuai dengan kehendak kita. Dengan adanya pola dan garisan jahitan kita tidak akan tersasar.
  3. Menggunakan peralatan seperti pelbagai jenis pembaris hajitan juga banyak membantu mendapatkan jahitan yang kemas.
  4. Semasa meletakkan kain di mesin jahit, pastikan kain dalam keadaan tidak berkedut dan berlipat. Sapu dengan tapak tangan supaya kain betul-betul rata sebelum menjahit.
  5. Semasa menjahit menggunakan mesin jahit, pastikan menjahit secara berterusan lebih-lebih lagi untuk jahitan lurus yang panjang. Jahitan yang berterusan biasanya lebih kemas.
  6. Apabila selesai menjahit, seelok-eloknya pakaian yang dijahit itu diseterika dibahagian jahitan supaya kelihatan lebih kemas.
Saya harap tip-tip ini dapat membantu mereka yang ingin mendapatkan jahitan yang lurus dan kemas.


*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.



No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015