Tuesday, November 12, 2013

Resepi donut keledek

Assalamualaikum


Selepas masak cek mek molek (resepi di sini) hari tu, ada 2 ketul lagi keledek yang tinggal. Kebetulan terjumpa pula resepi donut keledek ni. Elok sangatlah tu. Saya pun cubalah resepi dari JintanManis ni di sini. Halalkan resepi donut ni ye Ros JintanManis. Rasa donut ni lebih kurang dengan donut biasa tapi kalau dilihat warnanya sedikit kuning kerana warna keledek tu sendiri yang kuning.

Resepi donut keledek
Oleh: Noriati Saud

Bahan-bahan
200g tepung roti - saya tak guna tepung roti
200g tepung gandum - saya guna 400g tepung gandum
30g susu tepung/ susu skim
100g isi keledek (direbus dan dilecek baru timbang)
1 biji telur
165ml air suam
6g yis
40g gula
40g marjerin

Cara penyediaan
  1. Untuk membuat doh: Kaedah 1, penggunaan bread maker, masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada bread maker masing-masing. Tekan Start dan tunggu sehingga siap diuli. Terus ke langkah 4.
  2. Kaedah 2: Jika uli dengan tangan, masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Setelah menjadi doh, ambil plastik bersih dan masukkan ke dalam plastik. Ramas-ramas beberapa minit (8-10 minit). Keluarkan dari plastik dan uli semula. Anda akan dapat doh yang lembut dan elastik
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih. Biarkan doh naik 2 kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 hingga 1 jam
  4. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin. Bahagikan doh kepada bebola kecil dan bentukkan seperti donut.
  5. Perap sehingga naik 2 kali ganda (40 minit)
  6. Goreng sehingga keemasan. 
  7. Bila beransur suam, bolehlah disalut gula.




Kali ini saya buat 2 adunan iaitu 2 kali uli. Boleh buat donut segera. Donut digoreng sebentar sahaja dan apabila telah sejuk bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Goreng sehingga keemasan bila-bila sahaja diperlukan.

                                         *Siap untuk dijadikan donut segera

                                          *Lembut dan gebu

                                         *Kegemaran anak-anak dan ibu juga

Selamat mencuba

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.


No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015