Monday, January 27, 2014

Meluncur ais di Tokyo Midtown

Assalamualaikum


Aktiviti kami sekeluarga Sabtu lepas. Meluncur ais di Tokyo Midtown, Roppongi. Ianya dibuka dari pukul 11 pagi sehingga 10 malam, hanya sehingga 28 Februari 2014 sahaja untuk tahun ini. Tiket masuk pula 1000 yen bagi kanak-kanak dan 1500 yen bagi dewasa serta percuma kepada pemegang kad Diners Club. Harga tiket ini termasuk sekali dengan sewa kasut, topi keledar dan jugak pelapik lutut untuk kank-kanak. 

Bagi saya harga tiket ni berbaloi kerana kita boleh meluncur selama mana kita mahu. Ditambah lagi kita boleh keluar masuk dengan sekali bayar tiket. Bagi pemegang kad Diners Club, terdapat satu lounge yang menyediakan minuman panas dan tempat rehat yang selesa. Alhamdulillah suami saya pemegang kad Diners Club, jadi dapatlah kami minum kopi dan coklat panas selepas penat meluncur.





Kami sampai sana pada pukul 2.30 petang. Orang pun dah ramai. Anak-anak tak sabar nak main. Adib pun kami belikan tiket apabila mengetahui terdapat kasut luncur untuk kanak-kanak kecil. Adib pun tak sabar nak main sebab tengok abang-abang semua siap bertopi keledar dan berlapik lutut. Dia pun nak pakai jugak

                                                               *Adib dah bersedia nak meluncur

Tapi bila pijak je gelanggang ais yang licin tu dan nak jatuh, terus menangis ketakutan. Terus tak nak main dah. Terpaksalah abah jaga dulu sementara ibu dan abang-abang belajar meluncur. Memang menakutkan pertama kali pijak ais yang licin tu. Memang tak boleh berdiri tegak. Terpaksa berpegang pada dinding. Kalau jatuh terlentang tu memang tak terkira banyaknya. Nasib baik semua yang main kat situ bukannya pandai belaka. Dengan kata lain orang pun tak hairan sangatlah kalau kita terjatuh. Lain pula dengan suami saya. Dia dah biasa meluncur semasa belajar di Jepun dulu. Jadi memang tak ada masalahlah. 




*Setelah beberapa ketika meluncur barulah boleh berjalan macam ni

Setelah beberapa jam meluncur, barulah saya boleh bergerak tanpa bantuan dari "dinding" lagi. Itupun hanya boleh berjalan-jalan saja bukannya meluncur. Lain pula dengan anak-anak. Mereka memang cepat belajar. Walaupun masih jatuh tetapi mereka sudah boleh meluncur. Mereka semua seronok meluncur sampai tak ingat hari dah gelap. Ditambah pula mereka berjumpa dengan kawan-kawan sekolah yang turut datang bersama-sama dengan keluarga.


 *Aiman dan Akmal bersama Nicolo dan adiknya


*Amni -kun dan Kaho-chan

Anak-anak tak puas meluncur lagi. Mereka ajak abah datang lagi minggu depan. Ibu mereka pula dah sakit-sakit seluruh badan sebab banyak sangat terjatuh. Pukul 7 malam baru balik. Cukuplah main selama 4 jam lebih. Satu pengalaman yang sungguh bermakna. Sempat menikmati keindahan neon-neon sebelum balik. Dah lama sebenarnya kami tak keluar malam. Kebetulan hari tu taklah sejuk sangat. Memang sesuai sangat.







******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015