Wednesday, April 30, 2014

Jika bukan hak kita....

Assalamualaikum


Ainur Zahra atau biasanya kami panggil Kakak, adalah anak saudara saya sebelah suami. Kakak ni lah satu-satunya cucu perempuan yang Ramli dan Noor Zainah ada. Tujuh orang cucu lagi semuanya lelaki. Masa keluarga mertua datang ke Tokyo tempoh hari, Amni lah yang menjadi kawan Kakak kalau kami semua keluar berjalan-jalan sebab Aiman dan Akmal ke sekolah.

Sebelum kedatangan Mak, Abah dan Kak Long sekeluarga ke Tokyo hari tu, suami saya telah siap-siap belikan kad Suica kepada mereka. Kad Suica ni macan kad Touch n Go lah. Senang sikit nak naik bas dan keretapi. Nak beli air di vending machine, nak beli apa-apa pun di kedai serbanika pun boleh. Pendek kata macam-macam gunanya kad Suica ni. 

Untuk Kakak suami saya belikan bila mereka dah sampai ke Tokyo sebab passport (jika bukan rakyat Jepun) diperlukan untuk membeli kad kanak-kanak. Suami saya siap tempahkan nama sekali di kad tersebut supaya boleh dijadikan kenangan bila balik Malaysia nanti.

Sebenarnya hari ni bukan nak cerita tentang Kakak ni tapi tentang kad Suica Kakak. Nak dijadikan cerita pada hari Rabu malam di rumah Kakak beritahu yang kad Suica nya hilang. 

Mama : hilang  kat mana?
Kakak : hilang kat Pak Ngah beli buah tadi.
Mama : kenapa tak bagitau awal-awal masa hilang tu?
Kakak : Kakak takut Mama marah.

Rupanya kad dia jatuh masa kami di Shinagawa. Suami saya ada ke kedai membeli buah. Selepas itu kami semua balik ke rumah dengan teksi. Sebab itulah semua orang tidak perasan yang kad Kakak hilang. Suami saya menenangkan Kak Long supaya jangan marahkan Kakak. InsyaAllah kad itu akan dapat semula memandangkan di Jepun ni boleh dikatakan orangnya jujur.

Esoknya suami saya ke bahagian Lost n Found di Shinagawa. Kad tu tak ada. Kemudian ke supermarket tempat beli buah, pun tak ada jugak. Suami saya agak mungkin sudah diambil orang sebab kad tu boleh digunakan untuk membeli sesuatu. Lagipun banyak lagi baki duit dalam kad tu.

Selang beberapa hari selepas keluarga mertua saya sampai di Malaysia, suami saya mendapat panggilan dari Balai Polis Shinagawa yang mengatakan kad Suica Kakak ada di sana. Alhamdulillah, ruapnya ada yang menjumpai kad tersebut dan diserahkan ke balai polis.

Dipendekkkan cerita, sekarang kad Suica Kakak dah selamat ada bersama kami dan yang kagumnya duit dalam kad tersebut tidak luak sedikit pun. Masih ada 1000 yen. Satu jumlah yang agak banyak. 

"Jika barang itu bukan kita yang punya, kita tidak punya hak untuk meggunakannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memulangkan kepada yang empunya".

Itulah salah satu lagi sikap orang Jepun yang saya kagum. Orang bukan Islam yang lebih mementingkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. 

In sya Allah Malaysia pun boleh melakukannya. Ganbatte ne!

* Kad Suica Kakak

******************************************************

*Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelas Asas Blog dan Fanpage bolelah hubungi saya
  noriatisaud@gmail.com
*Ingin iklankan produk atau kedai anda? Iklankan di Sohodirectory
*Berminat dengan Japanese Cotton? Bolehlah ke From Japan With Love

Sehingga bertemu lagi. Wassalam.

1 comment:

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015