Friday, November 27, 2015

Pengalaman temuduga buat Aiman Hakimi

Assalamualaikum

Apa pandangan para pembaca sekalian tentang menghantar anak tingkatan 1 ke asrama? Ada pelbagai pendapat yang berbeza. Bagi saya dan Cik Abang, bagus juga hantar anak ke asrama. Dapat berdikari. Tapi kena juga tanya pandangan anak-anak. Kalau dah anak tu beria-ia tak nak pergi ke asrama, janganlah dipaksa. Nanti kita ibubapa jugak yang susah.

Alhamdulillah, semalam Aiman telah menghadiri satu temuduga untuk kemasukan ke SBP di SM Sains Rembau. Temuduga Kuota Pengetua. Di fahamkan setiap pengetua SBP berhak memilih dan mengambil 20%  orang pelajar untuk di tempatkan ke sekolahnya. 

Nak dijadikan cerita semalam sepatutnya kami ( kecuali Cik Abang) dah terbang ke kampung. Jadual flight kami pukul 11.35 pagi dan Aiman pula ada temuduga pukul 2.30 petang. Mana nak pilih. Balik kampung ke peluang untuk anak? Akhirnya saya pilih untuk merebut peluang untuk Aiman menghadiri temuduga. Bukan semua orang dapat peluang macam ni. Tak apa. Nanti kita balik kampung Sabtu ni ye. Tapi dengan kereta lah :)



Semalam Cik Abang ambik cuti setengah hari. Lepas makan san solat zohor, baru bertolak dari rumah. Jarak dari rumah ke SMS Rembau hanya mengambil masa 29 minit je. Sampai sana sedang elok pukul 2.30 petang. Masa tu masih ramai yang sedang mendaftar. Rupanya nama Aiman tersenarai dalam sessi ke 3. Ada sessi pagi, tengahari dan sessi petang. Semasa mendaftar, kami diberitahu Aiman di tempatkan dalam kumpulan "O". Pukul 4.30 petang baru giliran kumpulan "O" (ada 6 orang, Aiman calon yang ke 4) akan ditemuduga.


Sebenarnya ada lagi 2 orang pelajar dari SKS2A yang dipanggil dalam temuduga ni. Salah seorangnya kawan baik Aiman. Sempatlah jugak tanya "soalan bocor" dengan Amirul sebab namanya tersenarai dalam sessi tengahari. Seramai 85 orang pelajar yang dipanggil temuduga dan hanya 30 orang yang akan dipilih.

* Muka orang yang control debar :P

Pukul 4.30 petang nama pelajar dari kumpulan "O" dipanggil dan naik ke bilik mesyuarat. Pukul 6.15 barulah keluar. Rupanya sejurus nama mereka dipanggil tadi, bukan terus ditemuduga, mereka hanya ditempatkan di bilik khas supaya mereka bertenang. Temuduga tu sendiri tidak mengambil masa yang lama.

Hanya soalan yang santai diajukan, kata Aiman. Ada 5 orang panel termasuk Pengetua yang akan bertanya kepada calon. Soalan : Perkenalkan diri dan keluarga, aktiviti di sekolah, aktiviti ko-kurikulum serta beberapa soalan lain. Perbualan pun dalam Bahasa Malaysia .


* Sementara menunggu, ambik gambar sekolah dulu. masa ni baru lepas hujan.


* Gelagat adik-adik yang "bosan" menunggu Along

Bila dah selesai tu muka senyum je dari jauh berbanding nak naik ke bilik mesyuarat tadi. Gementar terlebih. Yelah pengalaman pertama kan. 

Alhamdulillah. Kita tunggulah keputusan dalam 2 hingga 3 minggu lagi. Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada di sekolah ni mungkin rezeki Aiman di sekolah lain. Tak kisahlah sekolah mana pun. Yang penting Aiman suka dan seronok belajar di situ.

Ibu dan Abah akan sentiasa  berdoa dan menyokong Along....




No comments:

Post a Comment

Borang Pesanan

Nama:
Alamat email/facebook:
Alamat Penghantaran:
No. telefon/HP:
No. kod/ item:
Cara pembayaran:

Create a web form here
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Elegant Rose - Working In Background
Copyright to NORIATI SAUD
Designed by UMIESUEstudio 2015